Search-form

get this widget here

Saturday, April 30, 2011

Pertemuan semula

Alhamdulillah misi menunaikan umrah berjaya dilakukan dalam suasana aman damai. Sebelum mendapat visa umrah, kami jemaah alMujahid tidak berhenti berdoa agar dimudahkan urusan memandangkan situasi di Mesir dan Libya yang kucar kacir. Ada beberapa jemaah yang sentiasa merisik khabar. Sesungguhnya cabaran kali ini memang agak merisaukan. Kadang2 berdoa sehingga menanggis, takut , bimbang tiada diberi kesempatan lagi ke Baitullah.


Dengan rahmatnya seramai 54 orang jemaah umrah almujahid Travel diberi kesempatan menunaikan umrah pada 5Mac selepas Asar. Sebelum ketibaan kami, dari beberapa sumber diberitahu, medan tawaf agak lenggang, sumber itu menyebut" setiap pusingan tawaf, boleh mencium Hajarul Aswad". Wah! Beberapa jemaah begitu teruja apatah lagi ada yang sudah ke sana beberapa kali tetapi tiada kesempatan menciumnya.
Saya agak lewat ke Masjidil Haram kerana terpaksa "istinjak" baby dan bersiap sepatutnya. Ketika masuk ke masjid...Subhanallah! Manusia sedang bertawaf seramai jemaah musim haji. Macamana nak buat? Baby dan kakaknya yang 7 tahun kena juga meredah lautan manusia. Suami mengendong bayi dan saya memegang erat kakaknya. Dalam suasana begitu hanya Tawakkal a'lallah..La haulawala quuwata illa billah..". Dengan takbir , tasbih dan tahmid...kami memulakan tawaf. Saat tawaf, anak perempuan saya hanya tangan digenggam erat, badannya entah di mana, terselit di celahan ribuan jemaah.


Usai tawaf, kami menuju ke tempat Sai'e, menyelit di celahan jemaah yang sudah menyusun soff untuk solat Maghrib. Allahu akbar...suami dan baby belum kelihatan...terjengah2 kami mencari, menunggu suatu penyiksaan. Dalam hati dan bibir berzikir dan berdoa.."Ya Allah , Engkau ketemukanlah suamiku dan bayiku" Saat itu amat kritikal dari segi situasi dan masa. Azan Maghrib mereka masih tidak kelihatan...saya ambil keputusan solat dulu. Pertama kali saya bersolat di tempat Sai'e yang curam...Alahai waktu sujud...badan nak menjunam..silap haribulan nak meluncur...jika meluncur memang pasti mencium bon... minah arab..hehe Solat dalam gaya macam tu, rasanya darah bukan je mengalir malah memenuhi otak..mesti ada hikmah kami solat di situ.


Masa kian berjalan namun suami belum ketemu. Kami mula melafaz niat untuk Sae'i tetapi hati tidak merelakan sebab bayi tentu dah kelaparan sebab dia menyusu badan. Sambil berdoa mata melilau mencari hingga naik tegang leher sebab terteleng2 depan, belakang, kiri kanan. Aduhai suami..adakah ini perpisahan kita...hati mula bertanya, mula menyesal akan kesilapan kepada suami dan mula merangka pelbagai kemungkinan di celah2 ribuan manusia. Akhirnya saya pasrah..Ya Allah Engkau yang menjaga kami, Peliharalah suami dan anakku...andai ada rahmat Engkau ketemukanlah kami"...tiba2 anak dara saya menjerit kegirangan nampak ayah di belakang kami.Subhanallah 3x...saat pertemuan terindah walaupun suami dah muka kelat sebab dah lenguh dukung baby...Alhamdulillah.

Sebelum memulakan Sai'e, saya bertanya kepada suami" Abang dah solat?" "Dah" jawabnya.."Macamana Solat ngan Mujahid".." Solat sambil dukung le".." Laa". Saya terus cek napkin bayi dan jawapannya solat kena diulang sebab bayi memang dah tahap basah. Ini selalu ibubapa x perasan @ x faham.

Kanak2 lelaki di bawah 2tahun, jika hanya minum susu ibu tidak pernah bercampur minuman@makanan selain daripada susu ibu, maka kencingnya x dikira najis, tetapi jika dah minum@makan lain2 maka kencingnya najis. Ramai parents beranggapan najis jika x kena pada badan waktu solat maka solat itu sah, di ambil contoh Nabi SAW tetap solat walau cucunya memanjat belakangnya.

Cucu Nabi SAW tidak bernajis waktu memanjat datuk mereka, sebab itu Baginda tetap meneruskan solat. Namun anak2 kita, boleh dikatakan sentiasa bernajis gara2 napkin pakai buang, nak dibuang setiap kali bernajis..mahal beb!

Berbalik persoalan tadi, terbatal solat jika bayi menanggung najis dan bersentuhan dengan kita. Maka solat suami saya kena di ulang sebab memang saya yakin waktu maghrib tadi dari tempoh dia istinjak dah lebih 2 jam dan bayi memang dah kencing. Namun saya terlupa suatu ibadat besar yang memerlukan suci dari hadas...nanti saya ceritakan.

Saya bersama bayi jika nak Sae'i..mmm memang x mampu apatah lagi masalah kesihatan saya memang x mengizinkan. Kakaknya pun baru 7 tahun, tadi dah penat dihimpit waktu tawaf, dirempuh ketika solat, ni nak Sae'i..memang 2 round ok le..tapi 7 round memang dia x daya.

Kami bertiga mengupah budak wheel chair untuk tolak. Yang lucu, mula2 mereka berebut nak tolak sebab ingat nak tolak baby & kakaknya jer..tapi bila tiba2 saya duduk sambil pangku bayi dan kakanya duduk atas lutut saya..Hah! Terkojut beruk deme..MasyaAllah ya saiyidah...mau reban wheel chair tu...pikiag punya pikiag..budak berusia 12 tahun tu menolak juga sambjil tercungap2 demi SR100.
Atas ihsan, di cerun bukit,saya berjaln, jika x mau patah pinggang budak tu.

Waktu Sae'i saya merasa amat terharu, anak2 dari usia 15-bayi berada di tempat sama melaungkan kalam Allah. Si abang laju sambil membaca doa, si adik agak tercungap2 hendak menghabiskan pusingan...Subhanallah, tadi kami semua terpisah dan di bukit Sofa Marwah kami semua bertemu. Rahmatnya memberikan semua anak2 sempat merasai keperitan Saiyidatina Siti Hajar.


Para pembaca, asuhlah diri dengan doa mohon dipercepatkan peluang menatap Baitullah..Baitullah akan dimusnahkan maka jangan kalian x sempat menatapnya gara2 kesibukan dunia...Pergilah selagi berkesempatan.

Jabal Nur

baby dah letih jaga jemaah, tertidur di lobi hotel
jalan perlu ditempuhi untuk ke Gua Hiraa'
tabik spring kat Utz Khadapi walau hanya 1kaki, 1 tangan mampu melompat ke Gua Hiraa'





Friday, April 1, 2011

Hubungi Kami

Isi Borang dibawah ini utk menghubungi kami melalui emel. Untuk berurusan secara terus sila hubungi kami di talian 0194301212 @ 0124586938




*

*

*

*
*
contact form faq verification image
Email form generated by 123ContactForm

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More