Search-form

get this widget here

Tuesday, February 26, 2013

UMRAH AKHIR RAMADHAN

Assalamualaikum semuanya ~

InsyaAllah tahun ini sekali lagi Umrah Akhir Ramadhan kita berpeluang bersama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid ... Mohon Allah S.W.T melancarkan apa jua yang telah dilancar namun diingat juga perancangan Allah adalah sebaik-baiknya ...

Untuk mengundang memori Ramadhan yang lalu yang tidak pernah padam di dalam kotak memori ini saksikanlah ...

UMRAH AKHIR RAMADHAN bersama Al-Mujahid Travel ~ Konvoi ke Taman Syurga ~

Klik di sini untuk menonton video ...

Saturday, February 23, 2013

Pembesaran Masjidil Haram

Kerajaan Arab Saudi sedang rancak meruntuhkan dan membesarkan kawasan Masjidil Haram. Kawasan Masjidl Haram sebahagiannya telah dirobohkan.
Disebabkan perobohan besar besaran, ruangan tawaf di tingkat dua dan tiga telah ditutup dan ini menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tawaf.

Perluasan itu juga melibatkan runtuhan ribuan hotel di sekitar Masjidil Haram dan ianya menyukarkan jemaah Umrah untuk mendapat penginapan yang berdekatan Masjidi Haram. Kebanyakan pakej Umrah dari Malaysia memilih menempatkan jemaah umrah dalam anggaran 500m-1km dari kawasan masjid.

Alhamdulillah, untuk jemaah Umrah Mei 2013, pihak alMujahid Travel insyaAllah akan menempatkan jemaah di Hotel Annabes yang berdekatan kawasan istana, lebih kurang 150-200m.
Kebiasaanya jika orang muda berjalan kaki hanya 5 minit dan jika azan masih sempat masuk ke dalam masjid.

Untuk sesiapa yang berminat mengikuti pakej Umrah alMujahid, saya menasihatkan Solat Istikhorah dulu kerana pakej saya TIADA keistimewaan @ kelebihan berbanding pakej umrah lain.

Saya tidak mampu menjanjikan yang terbaik. Hanya Dia Maha Mengatur di sebalik setiap perancangan.

Friday, February 22, 2013

RahmatNya...dimudahkan segalanya.

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menyambung tugas sebagai hamba Allah. 
Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan jutaan niqmat yang takkan mampu dibalas.
Alhamdulillah kerana masih diberikan hidayatNya sesuatu yang tidak mampu di beli walau jutawan dunia.

Setahun lebih saya mengabaikan blog ini lantaran malas mahu menulis di banyak blog. Kisah umrah masih saya tulis di blog http://kelaskursuslangsir.blogspot.com. Pelbagai kisah tahun lalu. Namun atas permintaan khas beberapa jemaah lalu, maka saya cuba meluangkan sedikit masa untuk mencoret pengalaman.

Pada 4 Feb 2013 lalu, sekali lagi saya dijemputNya menjadi tetamuNya. Cuma kali ini saya ke sana hanya bersama beberapa saudara dan pelajar, lantaran saya ingin mengkhususkan diri saya untuk mendekati Baitullah. 

Pemergian hanya bersama CEO alMujahid yakni Muhammad Abdullah Mujahid 2.5 Tahun. Tanpa ditemani suami dan anak2 lain kerana mereka ada tugasan mengajar dan belajar. Dengan ditemani adik lelaki sebagai mahram, saya menyakinkan diri bahawa bantuan Allah pasti ada.

Benar keyakinan saya, sesaat pun Allah tidak menguji dengan kepayahan. Musafir itu ibarat berjalan jalan di taman rekreasi...begitu menenangkan. Allah memberi ganjaran pertama adalah niqmat kesihatan yang hebat. Saya dan anak, sihat walafiat.

Ganjaran seterusnya, anak kecil itu tidak meragam sebelum, semasa dan sehingga hari ini. Beliau begitu memahami dan pemahaman itu anugerah Allah SWT.

Ganjaran TERHEBAT kali ini adalah saya dipinjamkan bilik hotel yang dari tingkap terpampang indah suatu yang INDAH. Yang tiada dua di dunia. Hanya satu. Satu yang HEBAT. Suatu Yang meruntun hati tatkala menatapnya...Baitullah..Rumah yang didirikan atas cinta kepada Allah Azzawajalla.

Saya sendiri tidak menjangka berpeluang tinggal di kamar itu. Saya tidak pernah membayangkan @ berangan. Namun ganjaran ini diniqmati kami berdua. Kisahnya bermula dari tangga hotel yang agak payah untuk saya menolak stroller Mujahid. Dengan badan saya yang comel lote vs tembam, agak terkial bila mahu menolak stroller. 
Maka saya mencuba nasib bertanya ke pihak hotel Assafwah jika ada kekosongan bilik dan di maklumkan tiada kekosongan kecuali sebuah bilik yang mengadap Masjidil Haram.
Menjenguk bilik itu, agak kecil tetapi kelihatan bumbung Kaabah.

"Ustaz, rasa2 dapat tak 20 rahmat jika sekadar nampak bumbung Kaabah?' Saya menyoal Ustaz Aminuddin yang menemani tinjauan ke bilik itu.

"Tak tau lah. ' pendek jawaban Ustaz Aminuddin sambil matanya menatap bumbung Kaabah.

" Tak pa lah ustaz, asal nampak bumbung pun jadilah Ustaz. Pastu jika Mujahid buat hal, sempat saya lari ke bawah hotel untuk solat jemaah."

Maka saya bersetuju untuk menginap di situ selepas Isya'.

Malam itu selepas Isya' sewaktu ingin mendaftar masuk, saya ditawarkan sebuah bilik lain. Sekali lagi saya di bawa meninjau..
Allahu Akbar! Allah mendengar doa saya ..terpampang jelas Kaabah dari tingkap bilik. Jelas kelihatan ribuan jemaah yang sedang tawaf Baitullah. Keseluruhan Masjidil Haram saya boleh nampak dari tingkap bilik. Alhamdulillah.
Niat saya untuk menatap Kaabah 24 Jam Allah Yang Maha Mendengar memaqbulkan. Saya dipinjamkan bilik itu hanya 4 hari dan kena daftar keluar ke hotel lama semula. Setiap kali memandang Baitullah saya akan bercakap dengan Allah

" Ya Allah! Jika benar memandang Baitullah Mu akan memberikan peluang kepada ku mengumpul rahmat Mu, berikanlah peluang itu selama daku berada di sini."

Hari ke 5, saya  dipinjamkan sehari lagi tetapi ke bilik sebelah tepi yang tidak nampak Baitullah. Sewaktu mahu bertukar bilik saya memandang Baitullah sambil berkata :
"Ya Allah! Janganlah ini pandangan ku yang terakhir", saya menanggis kerana walau bukan tawaf wada' tetapi saya tidak dapat memandang Baitullah sebelum tidur seperti malam2 sebelumnya.

Kemudian saya ditukarkan ke bilik mengadap jalan raya sebelah Ajyad. Saya terus ke tingkap mencari Masjidil Haram dan sekali lagi saya meleleh airmata kerana Allah pinjamkan sekali lagi mata ini menatap Baitullah dari bilik. Rupanya dari bilik itu baitullah masih jelas kelihatan cuma dari sudut berlainan.

Allahu Robbi, benarlah Engkau sebaik baik Tuhan. Engkau Yang Layak disembah. Engkau Yang Maha Penyayang...daku malu dengan kealpan ku terhadap Mu Allah.

Kisah bilik belum berhenti kerana keesokannya saya mesti daftar keluar ke hotel lain. Tiada kekosongan bilik. Pagi itu saya mencuba mencari hotel di Zam Zam Tower namun tiada kekosongan juga.

Selepas Zohor saya wajib mengosongkan bilik dan sebelum Zohor, saya sekali lagi bertanya adakah ruang untuk saya..sekadar mencuba walau sejam sebelumnya dah bertanya berkali kali. 
MasyaAllah Tabarakallah..saya diminta membayar untuk 5 hari lagi. Ada kekosongan bilik. Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah..apalagi pujian yang harus ku ucapkan selain Alhamdulillahi Robbil A'lamiinn.

Niqmat terhebat umrah kali ini adalah buka mata memandang Kaabah , menutup mata memandang Kaabah dan tika kalam ini ditaip..airmata ini laju kerana adakah lagi peluang untuk meniqmati lagi...mungkin boleh dan mungkin tidak...sama juga seperti hidup..mungkin hidup @ mungkin esok telah tiada.

Doa saya, sesiapa sahaja yang membaca kalam hina ini, akan berpeluang meniqmati pandangan terhebat. Duit bukan ukuran kita dapat @ tidak kerana niqmat itu Hak Milik Terpelihara.

Baarakallahu fikum


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More