Search-form

get this widget here

Friday, March 8, 2013

Selangkah Ke Hadapan Jangan Ditoleh Ke Belakang Lagi

Alhamdulillah insyaAllah dengan berkat doa Tuan Guru dan sahabat-sahabat sekalian Al-Mujahid bakal beroperasi di Pejabat Baru ~


UMRAH PERTENGAHAN MEI 2013

Allahu Robbi ~

 Semoga Allah permudahkan urusan para Jemaah yang telah mendaftarkan bersama Al-Mujahid untuk menunaikan Umrah Mei - Jun nanti ...

* Seat juga telahpun penuh untuk Umrah Mei - Jun pada kali ini .. MasyaAllah ..

Ayuh sesiapa yang ingin bersama Al-Mujahid Konvoi ke Taman Syurga masih berpeluang insyaAllah melaksanakan Umrah Pertengahan Mei ~


Tuesday, February 26, 2013

UMRAH AKHIR RAMADHAN

Assalamualaikum semuanya ~

InsyaAllah tahun ini sekali lagi Umrah Akhir Ramadhan kita berpeluang bersama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid ... Mohon Allah S.W.T melancarkan apa jua yang telah dilancar namun diingat juga perancangan Allah adalah sebaik-baiknya ...

Untuk mengundang memori Ramadhan yang lalu yang tidak pernah padam di dalam kotak memori ini saksikanlah ...

UMRAH AKHIR RAMADHAN bersama Al-Mujahid Travel ~ Konvoi ke Taman Syurga ~

Klik di sini untuk menonton video ...

Saturday, February 23, 2013

Pembesaran Masjidil Haram

Kerajaan Arab Saudi sedang rancak meruntuhkan dan membesarkan kawasan Masjidil Haram. Kawasan Masjidl Haram sebahagiannya telah dirobohkan.
Disebabkan perobohan besar besaran, ruangan tawaf di tingkat dua dan tiga telah ditutup dan ini menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tawaf.

Perluasan itu juga melibatkan runtuhan ribuan hotel di sekitar Masjidil Haram dan ianya menyukarkan jemaah Umrah untuk mendapat penginapan yang berdekatan Masjidi Haram. Kebanyakan pakej Umrah dari Malaysia memilih menempatkan jemaah umrah dalam anggaran 500m-1km dari kawasan masjid.

Alhamdulillah, untuk jemaah Umrah Mei 2013, pihak alMujahid Travel insyaAllah akan menempatkan jemaah di Hotel Annabes yang berdekatan kawasan istana, lebih kurang 150-200m.
Kebiasaanya jika orang muda berjalan kaki hanya 5 minit dan jika azan masih sempat masuk ke dalam masjid.

Untuk sesiapa yang berminat mengikuti pakej Umrah alMujahid, saya menasihatkan Solat Istikhorah dulu kerana pakej saya TIADA keistimewaan @ kelebihan berbanding pakej umrah lain.

Saya tidak mampu menjanjikan yang terbaik. Hanya Dia Maha Mengatur di sebalik setiap perancangan.

Friday, February 22, 2013

RahmatNya...dimudahkan segalanya.

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menyambung tugas sebagai hamba Allah. 
Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan jutaan niqmat yang takkan mampu dibalas.
Alhamdulillah kerana masih diberikan hidayatNya sesuatu yang tidak mampu di beli walau jutawan dunia.

Setahun lebih saya mengabaikan blog ini lantaran malas mahu menulis di banyak blog. Kisah umrah masih saya tulis di blog http://kelaskursuslangsir.blogspot.com. Pelbagai kisah tahun lalu. Namun atas permintaan khas beberapa jemaah lalu, maka saya cuba meluangkan sedikit masa untuk mencoret pengalaman.

Pada 4 Feb 2013 lalu, sekali lagi saya dijemputNya menjadi tetamuNya. Cuma kali ini saya ke sana hanya bersama beberapa saudara dan pelajar, lantaran saya ingin mengkhususkan diri saya untuk mendekati Baitullah. 

Pemergian hanya bersama CEO alMujahid yakni Muhammad Abdullah Mujahid 2.5 Tahun. Tanpa ditemani suami dan anak2 lain kerana mereka ada tugasan mengajar dan belajar. Dengan ditemani adik lelaki sebagai mahram, saya menyakinkan diri bahawa bantuan Allah pasti ada.

Benar keyakinan saya, sesaat pun Allah tidak menguji dengan kepayahan. Musafir itu ibarat berjalan jalan di taman rekreasi...begitu menenangkan. Allah memberi ganjaran pertama adalah niqmat kesihatan yang hebat. Saya dan anak, sihat walafiat.

Ganjaran seterusnya, anak kecil itu tidak meragam sebelum, semasa dan sehingga hari ini. Beliau begitu memahami dan pemahaman itu anugerah Allah SWT.

Ganjaran TERHEBAT kali ini adalah saya dipinjamkan bilik hotel yang dari tingkap terpampang indah suatu yang INDAH. Yang tiada dua di dunia. Hanya satu. Satu yang HEBAT. Suatu Yang meruntun hati tatkala menatapnya...Baitullah..Rumah yang didirikan atas cinta kepada Allah Azzawajalla.

Saya sendiri tidak menjangka berpeluang tinggal di kamar itu. Saya tidak pernah membayangkan @ berangan. Namun ganjaran ini diniqmati kami berdua. Kisahnya bermula dari tangga hotel yang agak payah untuk saya menolak stroller Mujahid. Dengan badan saya yang comel lote vs tembam, agak terkial bila mahu menolak stroller. 
Maka saya mencuba nasib bertanya ke pihak hotel Assafwah jika ada kekosongan bilik dan di maklumkan tiada kekosongan kecuali sebuah bilik yang mengadap Masjidil Haram.
Menjenguk bilik itu, agak kecil tetapi kelihatan bumbung Kaabah.

"Ustaz, rasa2 dapat tak 20 rahmat jika sekadar nampak bumbung Kaabah?' Saya menyoal Ustaz Aminuddin yang menemani tinjauan ke bilik itu.

"Tak tau lah. ' pendek jawaban Ustaz Aminuddin sambil matanya menatap bumbung Kaabah.

" Tak pa lah ustaz, asal nampak bumbung pun jadilah Ustaz. Pastu jika Mujahid buat hal, sempat saya lari ke bawah hotel untuk solat jemaah."

Maka saya bersetuju untuk menginap di situ selepas Isya'.

Malam itu selepas Isya' sewaktu ingin mendaftar masuk, saya ditawarkan sebuah bilik lain. Sekali lagi saya di bawa meninjau..
Allahu Akbar! Allah mendengar doa saya ..terpampang jelas Kaabah dari tingkap bilik. Jelas kelihatan ribuan jemaah yang sedang tawaf Baitullah. Keseluruhan Masjidil Haram saya boleh nampak dari tingkap bilik. Alhamdulillah.
Niat saya untuk menatap Kaabah 24 Jam Allah Yang Maha Mendengar memaqbulkan. Saya dipinjamkan bilik itu hanya 4 hari dan kena daftar keluar ke hotel lama semula. Setiap kali memandang Baitullah saya akan bercakap dengan Allah

" Ya Allah! Jika benar memandang Baitullah Mu akan memberikan peluang kepada ku mengumpul rahmat Mu, berikanlah peluang itu selama daku berada di sini."

Hari ke 5, saya  dipinjamkan sehari lagi tetapi ke bilik sebelah tepi yang tidak nampak Baitullah. Sewaktu mahu bertukar bilik saya memandang Baitullah sambil berkata :
"Ya Allah! Janganlah ini pandangan ku yang terakhir", saya menanggis kerana walau bukan tawaf wada' tetapi saya tidak dapat memandang Baitullah sebelum tidur seperti malam2 sebelumnya.

Kemudian saya ditukarkan ke bilik mengadap jalan raya sebelah Ajyad. Saya terus ke tingkap mencari Masjidil Haram dan sekali lagi saya meleleh airmata kerana Allah pinjamkan sekali lagi mata ini menatap Baitullah dari bilik. Rupanya dari bilik itu baitullah masih jelas kelihatan cuma dari sudut berlainan.

Allahu Robbi, benarlah Engkau sebaik baik Tuhan. Engkau Yang Layak disembah. Engkau Yang Maha Penyayang...daku malu dengan kealpan ku terhadap Mu Allah.

Kisah bilik belum berhenti kerana keesokannya saya mesti daftar keluar ke hotel lain. Tiada kekosongan bilik. Pagi itu saya mencuba mencari hotel di Zam Zam Tower namun tiada kekosongan juga.

Selepas Zohor saya wajib mengosongkan bilik dan sebelum Zohor, saya sekali lagi bertanya adakah ruang untuk saya..sekadar mencuba walau sejam sebelumnya dah bertanya berkali kali. 
MasyaAllah Tabarakallah..saya diminta membayar untuk 5 hari lagi. Ada kekosongan bilik. Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah..apalagi pujian yang harus ku ucapkan selain Alhamdulillahi Robbil A'lamiinn.

Niqmat terhebat umrah kali ini adalah buka mata memandang Kaabah , menutup mata memandang Kaabah dan tika kalam ini ditaip..airmata ini laju kerana adakah lagi peluang untuk meniqmati lagi...mungkin boleh dan mungkin tidak...sama juga seperti hidup..mungkin hidup @ mungkin esok telah tiada.

Doa saya, sesiapa sahaja yang membaca kalam hina ini, akan berpeluang meniqmati pandangan terhebat. Duit bukan ukuran kita dapat @ tidak kerana niqmat itu Hak Milik Terpelihara.

Baarakallahu fikum


Tuesday, September 27, 2011

Detik terindah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Tiada lafaz yang terindah melainkannya. Tiada kata yang dapat dilafazkan melainkannya. Alhamdulillah...dengan rahmatNya...pada 22 Ramadhan lalu kami sekeluarga dijemput menunaaikan umrah di sana. InsyaAllah saya akan berkongsi cerita dengan para sahabat agar kalian juga dapat menikmati saat terindah itu tahun depan InsyaAllah.
Permulaan berkisah dari KLIA. Kali ini hanya 2 jemaah kami bawa bersama dan inilah yang saya inginkan yakni bebas dari mengawasi jemaah, almaklum Ramadhan adalah saat mengumpul pahala takut pula x mampu menjaga jemaah bala yang datang x pun..di akhirat nanti diberi pahala terkumpul sebab gagal menepati janji dan memegang amanah. Maka langkah terbaik lone ranger...JEMAAH DERDUA TU PULA SOLO dan yang sadis sikit x de le pula sesiapa mengiringi mereka ke KLIA hatta di rumah. Maka MP3 je dipasang untuk melaungkan azan. Maka sewaktu boarding dan nak naik pesawat MAS, angah ditugaskan azan dan Along membaca doa...Saat itu saya sendiri sebak sebab x sangka akan menjadi tetamuNYa lagi bersama anak2 dan suami tersayang. Alhamdulillah...walau duit ngam2 je masih cukup untuk kami berangkat.

Memandangkan Ramadhan so kami dah plan untuk membuka puasa di atas pesawat. Saya yang uzur syarie mengetuai majlis buka puasa jam 4 petang...Ish kenapa berbuka...jika badan kuat x apa tunggu masa berbuka di Jeddah yakni lewat 5 jam dari masa Malaysia, lebih kurang jan 10.30 malam di Malaysia. Saya x mahu anak2 yang baru mengenali indahnya Islam merasa terbeban dengan hukum Allah yang mewajibkan puasa tetapi saya mahu anak2 nampak betapa penyayangnya Allah, dengan sifat arRahmanNya, di beri kelonggaran kepada para musafir untuk berbuka puasa. Maka icecream yang lazat menjadi pencuci mulut...mmmm memang lazat sebab dah lapar. Yang bestnya..dari 300++ lebih jemaah kami je yang berbuka...yang penting kami x berdosa dan kami tetap dapat pahala walau berbuka..bukankah Allah yang memberi hadiah istimewa ini?  Alhamdulillah keputusan kami tepat kerana ramai jemaah yang agak keletihan sewaktu tiba di Jeddah dan mula masuk angin.

Dengan rahmatNya urusan keluar menjadi mudah dan cepat. Alhamdulillah tiada insiden yang menyukarkan dan kami dijemput dengan Prado dan Innova menuju ke Makkah al Mukarramah....Malam 23 Ramdhan..

Sepanjang perjalanan ke Makkah..jammed..Masya Allah Tabarakallah..meriahnya dan saya masih teringat malam tu begitu cerah seolah2 siang dan cahaya langit macam ad sportlight menyuluhinya. Jam 1 pagi kami selamat check in dan setelah istinjak dan berwuduk, saya dan 2 anak lelaki menuju ke Masjidil Haram yang kedudukannya dekat sangat..Alhamdulillah kami dianugerahi hotel yang dekat...x sampai 5 minit dah terpacak dalam kawasan masjid.

Buat pertama kali sepanjang menunaikan umrah saya uzur dan tidak berihram. Sebelum berangkat Ustaz Aminuddin telah menerangkan 3 pendapat tentang adab memsuki Makkah.. Pendapat pertama Wajib berihram, Kedua Sunat dan ketiga tidak mengapa tanpa ihram kerana uzur.
Saya mengambil pendapat ketiga kerana bimbang gagal menjaga pantang larang gugur rerambut. Almaklum ada baby dan masa uzur yang masih panjang. 

Sebelum berangkat ke Makkah, saya menanam azam mencari Lailaatulqadr..dan bertanya kepada Ustaz Aminuddin bagaimana dan apa perlu di buat andai Lailatulqadr dan saya masih uzur. Nasihat Ustaz...pergi di tempat Sa'ei dan aminkan doa qunut Imam Masjidil Haram. Saya pun terfikiralahai bukan mudah walau mudah..sebab saya kena bergilir dengan suami untuk menjaga baby Mujahid dan macamana nak tahu time imam baca doa qunut.Malas berfikir, tawakkal je lah.


KebesaranNya kita sebagai hamba Allah selalu terlupa. Aturannya kita selalu x pandang. Namun sifat arRahimNya tidak pernah hilang. Dengan raahmatNya..sewaktu masuk ke kawasan Sa'ei, tiba2 Imam Sudais memulai doa qunut. Allahu Akbar..Allahu Akbar..saat terindah bermula...Lunaknya doa bersulam tangisan. Masih teringat jelas..saat Imam menyebut..Annar...bergema tangisan sayu..dan saat imam memohon Jannah...seluruh masjid bergema Amiinnn....Allah ..Laa ilaha Illallah...Muhammadurr Rasulullah...terimalah taubat kami..Ya Robb...Ya Robb Ya Robb Airmata kami ya allah jadikanlah saksi...tangan yang menadah ini ya Allah jadikanlah bukti...Lidah yang merayu Ya Allah jadikah senjata buat menangkis azab neraka Mu.


Saat itu...hanya Dia yang tahu betapa banyaknya dosa yang terhimpun...dan moga Dia mengampuni. Wahai pembaca, berazamlah agar kalian juga berkesempatan menikmati saat itu, saat terindah dalam hidup. Bersama merasai betapa Imam Sudais teresak2 menanggis memohon ampun dan rasakan juga bagaimana lembutnya lutut hampir nak jatuh mengenangkan banyaknya dosa..Allah Allah Allah.....kecuali kalian insan suci tanpa dosa..mungkin kalian tiada rasa bersalah. 
Masih terngiang di telinga ratapan sayu Imam Sudais dan masih terngiang raungan sayu para jemaah...dan khabar gembira yang diterima setelah Syawal...malam 23 Ramadhan adalah Lailatulqadr...Alhamdullillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Engkau Terimalah taubat kami Ya Allah..


Cukup dulu, sebab airmata ini masih deras mengalir..masih terimbau saat itu dan masih  terasa getaran itu...saat terindah dalam hidup..Moga kalian bakal menikmatinya..

 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More