Alhamdulillah misi menunaikan umrah berjaya dilakukan dalam suasana aman damai. Sebelum mendapat visa umrah, kami jemaah alMujahid tidak berhenti berdoa agar dimudahkan urusan memandangkan situasi di Mesir dan Libya yang kucar kacir. Ada beberapa jemaah yang sentiasa merisik khabar. Sesungguhnya cabaran kali ini memang agak merisaukan. Kadang2 berdoa sehingga menanggis, takut , bimbang tiada diberi kesempatan lagi ke Baitullah.Dengan rahmatnya seramai 54 orang jemaah umrah almujahid Travel diberi kesempatan menunaikan umrah pada 5Mac selepas Asar. Sebelum ketibaan kami, dari beberapa sumber diberitahu, medan tawaf agak lenggang, sumber itu menyebut"...