Search-form

get this widget here

Sunday, May 1, 2011

Dam oh Dam

Jika sebelum ni saya dah kisahkan hal pertemuan semula, ini sambungan kisah itu. Ingatkan kami dah sempurna ibadat umrah, maka suami bertahalul dan bebas daripada larangan ihram.


Keesokkannya, waktu menjawab soalan beberapa jemaah baru terperasan..Eh! Eh! Bukankah semalam abang tawaf dengan Mujahid dan masa di ambil agak lama kerna ramai orang maka x mustahil bayi dah kencing...mana sah tawaf! Alahai kena bayar dam RM300 bersamaan SR 350, seekor kambing. Memang jika pendapat yang ringan suami x perlu bayar Dam, kerana menganggap masa mula tawaf bayi masih suci tetapi memikirkan pahala jika kena reject waktu hari penghisaban, apalah nilai RM300..bayar aje..x menyesal kemudian jika x sah.

Hari kedua agak kecoh dengan pelbagai jemaah yang macam2 kesalahan. Nak gelak ada, nak senyum ada, nak nanggis pun ada. Macam2 cara jemaah menghukum diri sendiri. Semuanya berbalik kepada tahap ilmu dan amal seseorang.

Rupa2nya ada manusia yang lebih takut ditinggalkan daripada ditinggalkan Allah. MasyaAllah...Jemaah ini dah memang tahu ibadat tawafnya x sah, masih bertahalul. Saya dan Ustaz Aminuddin memang hairan bahawa boleh soal ibadat di ambil mudah. Datang ke Makkah nak mengerjakan umrah tetapi bila buat salah ambil mudah, bila wajib Dam liat nak bayar.

Sekadar sedikit ilmu buat pembaca,
Apabila memulakan tawaf, kena suci dari hadas besar dan kecil, wajib berwuduk dan menutup aurat. Jika ketika tawaf, tiba2 terbatal wuduk maka pusingan itu dan seterusnya batal jika diteruskan. Jika batuk hingga terkencing, batal wuduk, wajib berwuduk semula. Memang x dinafikan, dalam himpitan ribuan jemaah, ramai jemaah takut terpisah, apalagi jika 1st time tawaf..mana tahu di mana tandas. Walau apa saja alasan, soal ibadah x ada tolak ansur. Yang batal tetap batal. Sayangnya jemaah itu meneruskan Sae'i dan bertahalul(menggugurkan rambut). Maka ibadat umrahnya x sah dan wajib Dam. Soal Dam no 2 , soal ketakutan itu no 1.

ALLAHU AKBAR! Wahai jemaah, tetapkan hati sesungguhnya Allah bersama kita, janganlah takut hilang kawan hingga mengenepikan kewajipan dan ketaatan kepada Allah SWT. Tolonglah wahai umat Muhammad, ingatlah suatu kuasa besar yang boleh memudahkan jika kita yakin akan kekuatanNya. Allah ada di mana2. Serahkan hidup mati kepadaNya..lillahi robbil a'lamiinn.

Satu lagi kebiasaan jemaah kita yang bermazhab syafie'. Bab telekung, telekung dipakai nampak leher, jarang, berlubang2 dek sulaman, kaki pula hanya ditutup stokin nipis yang kadang2 kuku pun jelas, rambut pula selalu menjengah keluar. Bukankah baik solat @ tawaf kena menutup aurat? Soal ini yang di ambil ringan juga menggagalkan sah solat dan tawaf. Maka bila balik ke tanah air, macam orang x pernah pergi umrah je..tiada perubahan positif..maka fikirkanlah.

Saya menyarankan jemaah saya memakai 2 helai stokin ketika solat dan tawaf. Jika ada lubang@ jalinan ira kain stokin itu, lapisan satu lagi dah cover. Bab telekung pula, saya membekalkan jemaah dengan telekung MQ berlapis hingga ke perut, agar jika terselak , aurat dalaman terpelihara. Ianya x panas kerana dibuat dari jenis cotton dan percayalah, dalam soal ibadat bila dah kusyuk hatta sakit pun x terasa.

Janganlah para muslimat meringankan bab aurat baik dalam solat @ luar solat. Bukankah kita hidup ada mati. Biarlah mati sebagai umat yang di nantikan kubur. Jangan mempersiakan amalan kerana sikap lalai kita. Berubahlah memperbaiki diri..moga kita terpilih antara wanita solehah. Amiinn

1 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More