Search-form

get this widget here

Saturday, May 21, 2011

Beraninya Kita

لبيك اللهم لبيك. لبيك لا شريك لك لبيك. ان الحمد والنعمة لك والملك. لا شريك لك...

Semoga peluang itu datang lagi. Suatu nikmat saat bertalbiah yang hanya dinikmati dan dirasai oleh mereka yang benar2 ikhlas Lillahi Taala. Andai kalian belum berkesempatan , carilah peluang untuk merebut kesempatan itu, selagi kesempatan itu masih ada.

Sebagai hamba Allah, saya amat bersyukur telah diberi kesempatan menunaikan haji dan umrah di usia muda. Alhamdulillah rukun kelima dapat disempurnakan dan semoga dapat diulangi lagi di masa terdekat. Dulu, saya memang sering bimbang andai ruh saya dan keluarga tidak menyahut seruan Nabi Ibrahim as sewaktu sempurnanya Baitullah dibina. Kini walau sudah berkali, kerisauan tetap ada jika taubat tidak diterima.

Hari ini saya sekadar ingin bercerita..bercerita tentang seorang kenalan. Kenalan yang baik dan berakhlak. Kehidupannya, Masya Allah..Tabarakallah...memang dilimpahruahkan rezeqi. Pendapatan sebagai kontraktor kelas A, memberikannya peluang bercuti ke sana sini.

Sebagai orang kaya, beliau tidak sombong, sebagai hamba Allah juga beliau tidak lalai. Bab solat, mengaji ilmu , zakat dan sedeqah memang di jaga...cuma bab menunaikan haji dan umrah beliau menangguhkan. Masih saya ingat, beliau sanggup bercuti di Bukit Tinggi dan menghabiskan RM5000 untuk seminggu di situ..Jika teringin hendak meluncur salji beliau sekeluarga ke Taman Tema.

Anak2nya diberi peluang memilih barangan sendiri dengan budget RM1000 seorang. Memang meriah anak2nya membeli belah, ambil dan campak ke troli, tanpa perlu membandingkan harga. Jika baju cap pasar malam..minta maaflah..tak kesior deme.

Waktu limpahan wang bagai air banjir, kehidupan mereka terlalu mudah. Sarapan di sini, lunch di sana dan dinner nun jauh di mana2. Sebut aje teringin, zapp boleh memandu dan menikmati hidangan...Cuma 1, belum teringin nak ke Makkah, bukan tidak mahu, cuma kata mereka , "nanti umrah dan haji sekali".

Kuasa Allah ekonomi dunia merudum jatuh 1998. Beliau juga kena tempiasnya. Sedikit demi sedikit beliau mula kekurangan pendapatan. Namun beliau tetap positif, ekonomi akan pulih. Ya benar, ekonomi kembali pulih tetapi perniagaannya tidak pulih hingga beliau betul2 miskin. Dugaan bersambung dengan merosotnya tahap kesihatan. Beliau benar2 di uji. Dan Janji Allah benar, setiap makhluk akan di uji dengan kehilangan.

Kini, benarlah sabda Rasulullah SAW, bersedialah sebelum datangnya 5 pekara.
Kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati. Tinggal mati saja belum tetapi yang lima perkara sedang di lalui...Ruginya beliau semasa muda, lapang, kaya dan sihat, hati tak rasa nak tunaikan umrah. Sanggup menangguhkan haji dan umrah seolah2 lima perkara itu tak akan muncul.

Maka, amatlah besar harapan dan doa saya, wahai rakan dan taulan, ada kesempatan pergilah menjenguk Rasulullah SAW sebelum kesempatan itu tiada lagi. Hari ini mungkin kita rasa masih muda, sebab kita terlupa umur kian tua. Hari ini juga kita rasa masih boleh di tangguhkan kerana hati kita masih sibuk dengan kekayaan. Tunggulah kalian yang sengaja menangguhkan, akan datang suatu saat kalian akan menyesal.

Umrah dan haji walaupun wajib,memang boleh ditangguhkan.Tetapi bagaimana jika mati sebelum mengerjakannya sedangkan sewaktu hidup memang mampu dari segala segi menurut syara', maka hebatlah kalian kerana nerakalah tempat akhirnya. Mungkin kalian boleh mengatakan, 'alah jika sakit@ mati, boleh upah aja,"..Orang yang bersikap demikian memang hebat, berani hingga ke neraka. Pastikah bila kita mati ada yang nak buat upah haji untuk kita? Nak harap anak2 @ saudara mara @ isteri @ suami? Berhentilah mengharap. Nanti mereka kata, 'Dia masa hidup awat x buat".

Soal umrah pula, walau sesetangah pendapat mengatakan ianya haji kecil, kenapa kalian tiada rasa nak mengerjakannya. Tahukah kalian..tiada tempat terhebat, tiada saat terindah, tiada doa tidak dimakbulkan melainkan di depan Baitullah @ ada tempat lain yang lebih hebat? Kalau ada buktikanlah.

Pergilah sementara mampu..apalah dikira dengan nilaian wang RM5-6000. Allah akan gantikan dengan pahala dan wang yang dibelanjakan akan diganti balik. Kalian x rugi walau sesen. Umrah suatu nikmat, bertalbiah, bertasbih, bertakbir memujiNYA...InsyaAllah kalian kan merasa betapa Allah dekat dengan kalian, betapa sifat arrahimNya melingkungi kalian.

Akhir kalam, orang yang hebat memang berani menangguhkan kewajiban kerana mereka tahu bila akan mati...dan berani menghadapi sakratul maut dan bersedia menjawab..harta kamu ke manakah dihabiskan. Allahu Akbar!

Salam kemaafan..insyaAllah bertemu lagi jika masih ada umur...Doakan umrah saya minggu depan di terimaNya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More