بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله ربالعمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه أجمعين.
InsyaAllah, 26 mei, jemaah umrah alMujahid Travel akan bersama2 konvoi ke taman syurga ke bumi Madinah dan Makkah. Moga perjalanan kami kali ini akan dirahmati Allah seperti sebelum ini, dimudahkan dan diberkatiNya.
Ramai juga yang sering bertanya apakah perbezaan menunaikan umrah dan kenapa "tagline' Konvoi ke taman syurga. moga dengan sedikit huraian para bakal jemaah umrah almujahid akan memahami.
Konvoi ke taman syurga bermaksud beramai2 mengikuti program majlis ilmu, melakukan tawaf dan solat serta khatam alQuran di Masjidil Haram, solat di Raudhah di Masjid Nabawi. Kebiasaannya pakej umrah sekadar memimpin jemaah untuk melakukan umrah dan menziarahi tempat2 bersejarah sahaja tanpa ada pengisian ilmu. Alhamdulillah, program alMujahid travel sama ada di bawah bimbingan Ustaz Aminuddin Abdul Rahim atau Ustaz Mohammad Musa( Imam Terawih Masjid Wilayah Persekutuan) atau ustaz2 lain, kami menekan soal kuliah harian.
Kenapa kuliah harian kami anjurkan? Bukankah jika mahu mendalami ilmu di Malaysia pun boleh? Bagi jemaah yang memang jenis tidak suka majlis ilmu tidak ada paksaan cuma bila menghadiri majlis ilmu banyak kebaikanya. Antara kebaikan majlis ilmu di Bumi Makkah, gandaan pahala 100,000 kali dibandingkan pengajian di Malaysia. Kedua, bila ada sebarang permasalahan mudah diselesaikan dan bila ada ilmu risiko kesalahan agak minimum.
Maaf, ada jemaah yang lalu , tidak pernah sekalipun menghadiri majlis ilmu yang Ustaz Amin anjurkan, akibatnya beliau telah melakukan beberapa kesalahan tanpa disedari dan diketahui salah bila sudah balik ke Malaysia. jika kena Dam, perlu dikirim wang Dam tetapi jika kesalahan lain maka terpaksa bertaubat. Maka sebab itu majlis Ilmu penting agar bila ada ilmu kurang dan dapat mengelakkan pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan jemaah, dalam tawaf umrah...tiba2 pergi memeluk dinding kaabah, kemudian meneruskan tawaf, sae'i dan bertahalul. Ada pula yang memandai pergi menyapu minyak wangi di Kaabah dan membawa balik kain sapuan itu. Ada yang silap arah Safa Marwah, ada yang bertengkar dengan jemaah negara lain berebut soff solat dan pelbagai lagi kesalahan yang x disedari.
Wahai bakal jemaah, suka saya menasihatkan, mulakanlah solat taubat, tahajud, dhuha di sini lagi. Andai kalian sudah terbiasa, insyaAllah bila di Makkah dan Madinah , ianya begitu mudah dilakukan. Bersihkan hati dari pelbagai sifat mazmumah. banyakkan doa agar dipermudahkan segala urusan. Ingatlah wahai jemaah umrah konvoi ke taman syurga, kita ke sana bukan semata2 hendak lakukan umrah tetapi kerana ingin pengampunan daripadaNYA. Jangan kita terlalai dengan tawaf kedai yang mana bila tiba saat penghisaban di Mahsyar, masa di kedai lebih banyak dari masa di masjid.
Konvoi ke taman syurga kami isikn dengan program menziarahi ulama' keturunan Rasulullah SAW. Walaupun Baginda sudah tiada namun sedikit kerinduan diubati bila menatap wajah keturunannya..sambil hati bekata2 alangkah indahnya jika Baginda yang sedang ditatap.
Konvoi ke taman syurga tidak akan berjaya tanpa rahmatNYA. Moga para jemaah juga dirahmati. hari dan masa kian hampir, jangan sesekali terleka dari berdoa..Panjatkan doa kita akan diterima sebagai tetamuNya seperti dirancang.
Bagi yang belum pernah atau sudah lama x ke Makkah dan Madinah, berdoalah agar dijemput lagi. Jangan ingat duit x ada, peluang juga x ada. Ada orang berduit tapi tiada kesempatan kerana pelbagai hal, sama ada sakit @ sibuk. Yang x berduit jangan lupa Allah Maha Kaya, bila2 masa kita akan dijemput cuma kenalah banyakkan doa dan jaga amal. Andai saat ini kalian rindukan Baitullah..bertalbiahlah dan andai teringat Rasulullah SAW, banyakkkan solawat dan salam kepada Baginda. Moga kalian akan dijemput sama ada berkonvoi ke taman syurga bersama alMujahid travel @ pakej lain. Yang penting jangan putus harap dari rahmatNYA.
0 comments:
Post a Comment