Search-form

get this widget here

Thursday, June 23, 2011

BERBALOIKAH UMRAH

الحمد لله ربالعالمين, Segala puji pujian buat Allah Penguasa sekelian alam.

Moga di kesempatan ringkas ini sedikit sebanyak yang dicoretkan dapat menjadi panduan buat bakal jemaah umrah. Tak kiralah sama ada jemaah umrah almujahid @ jemaah umrah pakej2 lain. Yang penting tugas kita sebagai hamba Allah dilaksanakan secara berjemaah.

Alhamdulillah sudah berkali saya berulang alik ke bumi Tanah Haram. Berulangkali melalui pelbagai pengalaman baik sebagai jemaah umrah, wakil umrah dan ketua umrah. Namun dari dulu hingga kini, tahap ilmu jemaah kita masih di takuk lama. Masih banyak yang x tau walau dunia kini tanpa sepadan. Walau pelbagai ilmu positif @ negatif berlambak di sekitar namun ilmu menuju akhirat tetap di pandang sepi.

Mengapa saya menyentuh tentang ilmu? Jawapannya hanya ilmu dan taqwa membezakan manusia. Adanya ilmu,  amalan begitu sempurna namun tanpa ilmu hidup dan ibadat kepadaNya tunggang langgang. Namun saya bukan nak membincangkan tentang ilmu waktu ini tetapi sekadar berkongsi cerita bagaimana orang yang tiada ilmu dalam sia2.

Alhamdulillah, dimudahkan Allah, teknologi pesawat..sekejap saja dah sampai ke Madinah ( jika memilih pakej direct, jika x dah berhari baru sampai ke Madinah) jika x direct ke Madinah paling kurang direct ke Jeddah. Itu juga suatu nikmat..duk dalam pesawat 8 jam dah sampai...kadang2 rombongan Cik Kiah yang menghantar ke airport x sampai lagi kat kampung..kita dah berada di Raudah.
Jemaah umrah selalunya fokus solat jemaah di Masjid Nabawi daan Masjidil Haram. Ada yang sanggup mempertahankan soff solat dari dirampas bangsa Arab. Pendek kata, sanggup mempertahankan hak.

Namun berbeza pula watak jemaah umrah@haji bilamana berangkat pergi@balik. Sanggup buat 'muka sardin' bila masuk waktu. Sedihnya tengok muka2 sardin tu...sekali pandang rasa mereka x tahu, 2 kali pandang terasa nak menegur , tiga kali memandang rasa nak marah...Iyelah macamana x rasa nak marah, jemaah tiada rasa nak solat.

Perhatikan jika di airpot, jika waktu nak berangkat sibuk check in, bergambar & berpeluk sakan..kemudian boarding dan lena atas kapalterbang. Hanya segelintir akan menyingsing lengan untuk berwuduk. Itu satu hal, hal yang paling menyakitkan hati yakni...boleh buat dek je bab solat. Jika nak kata hormat waktu, kena berwuduk, tapi bila ditanya siap menjawah 'saya batuk & terkencing dalam seluar" kira jawapan selamatle..tapi sipolan terlupa, tandas ada pergilah salin pakaian bersih. Hairan juga memberi alasan badan dalam hadas tapi x nak bersuci. Kasihan dengan jemaah berfikiran dangkal macam tu, hukum manalah yang dipakai...x perlu solat.

Maka, wajarkah dikatakan ramai jemaah umrah@haji hanya Islam di bumi Makkah & Madinah? Tentu yang x solat akan berkata'amboi jahatnya mulut, pandai2 mengkafirkan orang'. Persoalannya, kenapa x solat fardhu? Bukankah orang yang x mahu solat telah meruntuhkan tiang Islam? Oleh itu, jika x mahu dikafirtkan SOLATLAH.

Dalam penerbangan, kita wajib bersolat dan paling lekeh pun solat menghormati waktu. Antara syarat sah solat hormat waktu adalah berwuduk. Ini seperkara yang memelikkan saya. MINUM AIR< KE TANDAS BOLEH TETAPI NAK BERWUDUK X BOLEH. Rasa2 nyalah, jika pramugara x bagi makan @ melambatkan bagi makan, pasti ramai yang mengamuk tetapi ramai yang makan tidog dalam pesawat, tiada pula yang peduli. Sedihnya, nikmat Allah dinikmati tetapi x mahu bersujud kepadaNya.
Hebat sungguh jemaah sedemikian sikap. Sombong dengan Maha Pemberi dan  tiada rasa malu kepada Maha Pemberi.

Bila turun kapalterbang, si makan tidog tadi, kalut pula menunggu beg dan air zam2. Relaks semacam je menunggu. Kot2 le nak cepat2 qado' solat, iyele...x mustahil x sempat ke rumah dah dijemputNya. Memang betul2 muka tembok, tak tahu malu dengan Allah. Sujud x nak tapi menunjuk bangga baru balik umrah@haji. Yang kedua, si yang terkucil...relaks je x salin pakaian...mmm betulke terkucil? Entahlah...sedih, pelik, marah dan akhirnya kecewa sebab penat Rasulullah SAW berjuang demi Islam namun umatnya tiada rasa hatta beriya2 berdoa sakan d Raudah...benarlah mereka hanya minta dunia tetapi x minta akhirat...Maka..berbaloikah umrah? JAWAPANNYA:
 Jika bila balik umrah x mengekalkan momentum baik...faham2lah sendiri...

1 comments:

salam,..betullah...apa yg diperkatakan itu...masalahnya kita kena berjuang berseorangan kadang2...terasa ganjil nak melakukan kebenaran,..inilah maksud terasing jika menurut Islam di akhir zaman..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More