Search-form

get this widget here

Saturday, June 11, 2011

Nikmat & rahmatNya

سبحان الله والحمدلله 
Maha Suci Allah yang memudahkan segalanya. Segala pujian bagiNya yang merahmati perjalanan dan urusan umrah dan ziarah alMujahid Travel.
Namun..saat ini hati ini begitu merindukan kembali saat2 indah di sana. Benarlah menjadi tetamuNya adalah suatu nikmat. Menikmati rahmatNya suatu yang tidak dapat dilafazkan melalui kata2 sahaja... Moga Ramadhan ini kami bakal dijemput lagi..Aminn

Para pembaca yang dirahmati..jika kalian belum pernah menikmati keindahan Baitullah, kalian belum wujud rasa rindu. Jika kalian belum pernah memberi salam kepada Rasulullah SAW, tentu belum ada  perasaan sayu menatap pintu rumahNya. Di sebalik pintu hijau itu disemadikan jasad Baginda SAW....di situ terbaring Baginda SAW menanti umat2 nya menziarahi dan menyampaikan salam. Allahu Akbar..andai kalian tidak pernah berkirim salam namun jangan sampai tiada langsung bersolawat dan salam setiap hari.

Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan membawa baby Mujahid solat di Raudah dan menghampiri sedekat mungkin kawasan maqam. Moga doa saya buat anak2 " mujahid fi sabillah" dimaqbulkanNya dan yang utama kami dan kalian akan di bangunkan sebagai umatnya yang mendapat syafaat Baginda SAW. 

Rahmat umrah Jun lalu adalah hotel kami terlalu dekat dengan pintu pagar Masjid Nabawi. Mudahnya keluar masuk ke kawasan Raudah, baik muslimat mahupun  muslimin. Dari tingkap bilik hotel, tersergam indah Masjid Nabawi dan kesayuan pula menerjah bila terpandang Perkuburan Baqi" di celahan tingkap. Sayunya mengenangkan pengorbanan para sahabat, sahabiah dan ummu mukminin...Terdetik..apakah nasib kita? Bersama mereka @ dengan siapa.

RahmatNya juga , jemaah umrah alMujahid sempat menghadiri majlis ilmu di perkarangan Masjid Nabawi. Selepas makan malam, beramai2 mengikuti kuliah Ustaz Aminuddin Abd Rahim...Moga jejak2 sunnah Rasulullah SAW dapat dinikmati para jemaah umrah alMujahid. Moga banyak pahala mereka perolehi.


Allah Maha Mendengar, sifar arrahimNya hanya dapt dinikmati bagi yang bertaqwa. ArrahmanNya jua dapat dinikmati kita yang lalai ini. Melalui perjalanan dari Madinah ke Makkah, terasa sangat arRahimNya Allah...perjalanan begitu singkat walaupun bagi sesetengah jemaah hampir 5-6 jam, namun kami hanya 4jam dah selamat sampai ke bumi Makkah yang barkah. Alhamdulillah walau sudah berkali2 menunaikan umrah namun nikmatNya sentiasa melimpah ruah. RahmatNya perjalanan kami, x terasa letih @ panas. Alhamdulillah bumi Makkah menyambut kami dengan angin sepoi2 bahasa..nyaman walau berpeluh. Ya Allah rindunya...


Makkah dan Madinah x akan sunyi dari pujian terhadapNya dan Solawat dan salam buat Baginda. HANYA YANG RINDU PASTI DIJEMPUT. Jika kalian ada masa dan wang cepatlah ke sana. Jika tiada masa dan wang berdoalah banyak2 di tengah malam memohon dicepatkan ke sana. Apakah kalian x mahu nikmat dan rahmat memandang Baitullah.


Wang, harta dan anak2 adalah fitnah jika di salah gunakan. Jangan kerana anak2 nanti kalian menyesal pabila anak2 tidak cintakan Baginda SAW. Jangan kerana wang, kalian takut miskin dan jangan kerana harta kalian takut merempat. Pergilah jika berkesempatan dan doakan Ramadhan ini alMujahid Travel pergi lagi..Amiinn

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More